* SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEMERDEKAAN*

* SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEMERDEKAAN*

Sunday, August 30, 2009

KENALI WAU TRADISIONAL




“Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Ada beberapa faktor nama wau mula-mula dikenali, mengikut cerita dahulu wau dimainkan oleh kanak-kanak. Ia diperbuat dari daun yang tertentu diikat dengan tali pada tetulang belakang daun dan dinaikkan di tempat berangin, pada suatu ketika wau itu putus.

Antara faktor lain pula, wau wujud dari semangat padi, mengikut lagendanya sepasang suami isteri tidak menpunyai anak telah menjumpai seorang kanak-kanak di sawah. Mereka memelihara kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang, lebih-lebih lagi si suaminya. Perkara ini telah menimbulkan curiga si isteri lalu menyiksa anak itu sehingga ia terus melarikan diri. Setelah pemergian budak itu, tanaman mereka telah diserang penyakit, lalu berjumpalah mereka dengan nujum yang meramalkan bahawa kejadian itu berlaku akibat tindakan si isteri tadi maka semangat padi mereka telah ditimpa bencana. Untuk memohon maaf nujum tersebut menyatakan supaya petani dan isterinya membuat sesuatu yang berbentuk wau, dan dilayangkan ke udara selepas musim menuai.

Di antara dua cerita di atas tentang asal usul wau, perkara ini masih belum menemui jawapan walaupun timbul pelbagai pertanyaan. Penelitian dan pengkajian mendalam harus diperkemaskan lagi. Bagi para pengkaji wau pula berpendapat wau adalah satu sumber dalam mengenali tradisi budaya Melayu. Dalam pembikinannya pula rekabentuk dan ukuran wau adalah melambangkan identiti sesebuah negeri itu sendiri, umpamanya negeri Kedah Darulaman yang terkenal dengan wau jalabudinya, tetapi hampir keseluruhan wau yang dicipta adalah berbentuk haiwan seperti burung, kucing, ikan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment