* SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEMERDEKAAN*

* SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEMERDEKAAN*

Sunday, August 30, 2009

KENALI WAU TRADISIONAL




“Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Ada beberapa faktor nama wau mula-mula dikenali, mengikut cerita dahulu wau dimainkan oleh kanak-kanak. Ia diperbuat dari daun yang tertentu diikat dengan tali pada tetulang belakang daun dan dinaikkan di tempat berangin, pada suatu ketika wau itu putus.

Antara faktor lain pula, wau wujud dari semangat padi, mengikut lagendanya sepasang suami isteri tidak menpunyai anak telah menjumpai seorang kanak-kanak di sawah. Mereka memelihara kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang, lebih-lebih lagi si suaminya. Perkara ini telah menimbulkan curiga si isteri lalu menyiksa anak itu sehingga ia terus melarikan diri. Setelah pemergian budak itu, tanaman mereka telah diserang penyakit, lalu berjumpalah mereka dengan nujum yang meramalkan bahawa kejadian itu berlaku akibat tindakan si isteri tadi maka semangat padi mereka telah ditimpa bencana. Untuk memohon maaf nujum tersebut menyatakan supaya petani dan isterinya membuat sesuatu yang berbentuk wau, dan dilayangkan ke udara selepas musim menuai.

Di antara dua cerita di atas tentang asal usul wau, perkara ini masih belum menemui jawapan walaupun timbul pelbagai pertanyaan. Penelitian dan pengkajian mendalam harus diperkemaskan lagi. Bagi para pengkaji wau pula berpendapat wau adalah satu sumber dalam mengenali tradisi budaya Melayu. Dalam pembikinannya pula rekabentuk dan ukuran wau adalah melambangkan identiti sesebuah negeri itu sendiri, umpamanya negeri Kedah Darulaman yang terkenal dengan wau jalabudinya, tetapi hampir keseluruhan wau yang dicipta adalah berbentuk haiwan seperti burung, kucing, ikan dan sebagainya.

Saturday, August 29, 2009

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.

Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, dirangsang dan didorong menjadi positif.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu mesti mengubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tidak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.

Tidak kira kita ini ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berjumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh akan hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi kemaafan.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama mana yang mungkin.

* 25 TABIAT YANG MELAMBANGKAN SIKAP SUKA BERFIKIRAN NEGATIF*

Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.
5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.

6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia tidak berguna kepada diri anda.
7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.
8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.
9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.
10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.
13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain hormati anda, tapi sukar untuk anda menghormati orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat anda marah.
17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.
24. Berjanji insya -Allah, tapi asyik mungkir janji.
25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan rupa fikiran, positif ke ke negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.


Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan menambahkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin berkurang.

*KATA- KATA MOTIVASI*

“Orang yang suka mencari kesalahan orang lain dan iri hati dengan kejayaan orang lain, pasti tidak akan berjaya dalam hidup. mereka kurang memerhatikan potensi dalam diri mereka kerana terlalu sibuk memerhatikan gelagat orang lain.

Orang yang suka mencari kesalahan orang lain biasanya adalah orang penyibuk, lebih banyak mengomen kesalahan orang lain, kesilapan orang lain, kekurangan orang lain dari mengomen diri sendiri. Dia menjadi pengkritik tidak berasas.

Oleh kerana mereka iri hati dengan kejayaan orang lain, mereka akan mendoakan kegagalan orang itu. Mereka puas hati bila dia gagal dan mereka cukup suka.

Dalam hidup, apa yang kita doakan pada orang, itulah juga yang akan terjadi pada kita.

Bila kita mendoakan kegagalan orang, suka melihat kegagalan orang, ia akan dibalas pada diri kita. Kita juga akan gagal sama, serupa seperti orang yang kita doakan. Dalam jangka masa panjang, kita tidak akan nampak langsung peluang-peluang kejayaan yang menghampiri diri kita hingga peluang-peluang tadi berlalu begitu saja.

Yelah, dah kita sibuk jaga hal orang, bukan sibuk memajukan diri sendiri, menjaga hal sendiri. Tidak tak akan perasan peluang-peluang tu sebab kita tak pernah terfikir nak memajukan diri sendiri.

Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipikul ummah di dunia

IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”

Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.” Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”

Wanita Islam perlu rebut ganjaran pahala Ramadan

DALAM menyambut Ramadan, dianjurkan kita sama-sama ingat mengingat mengenai kebesaran bulan ini. Selalu berdoa semoga Allah memberi kekuatan untuk mengisi bulan ini dengan ibadah yang sebaiknya. Bersyukur pada Allah kerana masih diizinkan hidup untuk bertemu bulan ini sedangkan ramai di kalangan kita yang pergi menghadap Ilahi. Kita juga digalakkan untuk merancang masa supaya dalam kesibukan yang ada, kita mampu memperuntukkan sebahagiannya untuk bacaan al-Quran, menghadiri majlis ilmu untuk menyuburkan ingatan kita kepada kebesaran dan pengisian Ramadan serta melaksanakan solat Tarawih dari awal hingga akhir Ramadan.

Sepanjang Ramadan, kita juga selalu didedahkan dengan berita penangkapan orang Islam tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai. Begitu juga ada pula kedai makanan menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa secara terang-terangan. Ini adalah suatu perlakuan yang sangat dikesali.

Walaupun kita tidak terbabit secara langsung dengan penguatkuasaan undang-undang, sebenarnya orang awam bertanggungjawab untuk membantu penguat kuasa undang-undang membanteras kesalahan itu. Ini boleh dilihat dalam peruntukan undang-undang contohnya Seksyen 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 (ETJS 2003) memperuntukkan bahawa: “ Tiap-tiap orang yang mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan dengan serta- merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguat kuasa Agama (PKA) atau pegawai polis yang terdekat mengenai perlakuan atau niat itu”. Justeru, orang awam mesti sama-sama membantu ke arah usaha mempertahankan kebesaran bulan Ramadan daripada dicemari.

Dalam pada itu, wanita Islam juga dianjurkan agar tidak tertinggal dalam mengisi bulan hebat ini. Dalam kesibukan menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga, wanita Islam perlu mengambil langkah bersesuaian agar tidak terlepas daripada mendapat ganjaran melakukan ibadah khusus yang besar pahalanya ini. Antara cadangan untuk wanita Islam adalah:

1) Turut sama ke masjid bersama suami dan anak untuk berbuka dan melaksanakan sembahyang tarawih berjemaah di masjid. Namun begitu, sekiranya masih mempunyai masalah seperti anak masih kecil dan boleh mengganggu jemaah dengan tangisan dan lari ke sana sini, maka sembahyang Tarawih di rumah adalah lebih afdal untuk mereka. Bagi yang mempunyai anak kecil dan sentiasa sibuk dengan urusan rumah tangga, usahakan juga untuk solat Tarawih ketika anak tidur agar kita tidak tertinggal merebut pahala.

2) Apabila bangun menyediakan juadah bersahur, mungkin dapat diusahakan terus mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum mengejutkan anak supaya tidak terlepas peluang solat sunat sebelum fajar yang sangat besar pahalanya.

3) Mengadakan majlis tadarus al-Quran bersama anak sebelum masuk waktu berbuka. Di samping dapat membetulkan bacaan al-Quran anak, kita juga secara tidak langsung menunjukkan teladan yang baik untuk sama-sama bertadarus dengan anak.

4) Sentiasa mengingatkan diri serta anak mengenai kebesaran Ramadan, menyuburkan kekuatan dalaman anak dengan membawa mereka menghadiri majlis ilmu bersama-sama. (Penulis ialah Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam dan sekarang sedang melanjutkan PhD Undang-undang di Melbourne Australia.

Saturday, August 22, 2009

BERSAMA "UMI" TERSAYANG, PN. NOORAINY BINTI MOHAMED HANAPI

Salam 'Alaik....
Pertama mengenali dirinya, umi memang seorang yang tegas dan garang, hehehehehe. Bermula tingkatan 4 lah baru aku mula belajar di bawah bimbingannya. Pada ketika itu, umi menjadi guru tingkatan di kelas 4sc 2. Umi memang seorang yang tegas. Aku masih mengingati lagi sewaktu aku dirotan sebab tidak menyiapkan rumusan, heheeheheheh. Memang kelakar pada ketika itu, walaupun rotan itu amat menyakitkan,huhuhuhuhu. Aku tak siap kan rumusan tu sebab umi beritahu yang umi nak pergi kursus, jadi aku ngan kawan- kawan pun tak buat rumusan yang dikehendaki Umi, huhuhuhuhu.
Tapi, tiba- tiba je umi masuk kelas, dan minta kami untuk menghantar rumusan yang diberikan,huhuhuuhu. Apa lagi, aku pun mula lah "gabra", hehehhe. Dengan hati yang cuak, aku pun berterus- terang yang kerja sekolah aku x siap lg. Apa lagi, terus je aku di rotan.Adoiiiiiiiiiiiii....sakitnya......hhuhhuhuhhuhu.
Tu lah kenangan pahit aku pada awal- awal mengenali umiku, huhuhuhuhuu.
Namun, setelah beberapa bulan mengenali umi, baru lah ada keserasian antara kami. Al- maklum lah, nama pun sama kan,heheheehehh. Noorainy dan Noraini....heheehehheh. Ada lagi seorang nama guru yang sama ngan aku, iaitu Puan Noraini Seman, heheeheheh. kami pun serasi bertiga. Umi dan Puan Noraini sentiasa memberikan aku perangsang dan galakan agar aku turut menjejaki mereka untuk bergelar seorang pendidik. Alhamdulillah, dengan berkat restu mereka berdua, hari ini aku bertapak di bumi Tanjung Malim, yang menempatkan 1 institusi pengajian tinggi awam yang bergelar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sekian sahaja aku mencoretkan kenangan manis aku bersama dengan Umi dan Puan Noraini....
Umi, diriku amat menyayangi dirimu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!