* SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEMERDEKAAN*

* SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEMERDEKAAN*

Friday, September 11, 2009

Apa itu syair?

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam, iaitu pada tahun 6000 Masihi.

Za'ba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Ciri-ciri syair :
• lazimnya terdiri daripada 4 baris serangkap.
• rima syair aaaa.
• setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
• bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama, iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
• naratif
• non-naratif


Syair naratif ialah syair berbentuk cerita seperti Syair Siti Zubaidah, Syair Selendang Delima, Syair Panji.

Syair non -naratif ialah Syair berbentuk nasihat/pengajaran dan agama seperti Syair Ikan Terubuk.

No comments:

Post a Comment